~Tu Dia Macam2 Ada.. Nie semua SPONSER besar Pak Cik nie~

Tuesday, November 10, 2009

Layan Maya Karin Laa Pulak...


Maya Karin Tetap Berahsia Tentang ‘Nona’

Maya bakal menggantikan pengacara Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan atau Fizza mulai tahun depan. -Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF

SEMASA majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ baru-baru ini, nama pelakon jelita yang pernah menjulang anugerah pelakon wanita terbaik Malaysia, Maya Karin disebut-sebut akan mengacarakan program majalah dokumentari, ‘Nona’ untuk tahun 2010.

Maya bakal menggantikan pengacara Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan atau Fizza mulai tahun depan.

Walaupun namanya sudah dicanang akan menyertai program berkaitan isu wanita itu, Maya masih mengunci mulut saat meminta komen daripadanya.

Filem 'Pisau Cukur' dibintangi jelitawan seperti Nur Fazura (kanan) dan Maya Karin yang memegang watak Intan dan Bella masing-masing.

“Saya tidak akan komen apa-apa lagi kerana setakat ini saya belum tandatangan apa-apa perjanjian lagi.

“Tengoklah dulu..ia masih di peringkat awal..,” jawab Maya ringkas. [lagi]

Thursday, October 22, 2009

Perghhh... Diana Danielle


The image The image The image
The image The image The image
Saje Je Nak layan gambaq Diana Danielle

Wajah terbaru Fasha


The image The image
Wajah terbaru Fasha di pelancaran mini drama 'Spa Qistina' semalam
di Lot 10, Bukit Bintang. -foto The Star oleh AZMAN GHANI

Wednesday, October 14, 2009

Lakonan Manohara dalam sinetron dikritik


KHABARNYA lakonan Manohara dalam sinetron 'Manohara' tidak sehebat mana kalau hendak dibandingkan dengan kisah kehidupan perkahwinannya dengan Pangeran Kelantan. Penonton lebih suka melihat lakonan natural aktres Naysilla Mirdad.

Berita dari seberang juga ada melaporkan yang drama 'Manohara' turun rating kerana lakonan pendukung utamanya, Manohara yang tidak bagus.

Tetapi pihak produser sinetron tersebut memberi alasan utama sinetron tersebut dihentikan adalah kerana jalan cerita yang sudah habis dan tidak lagi boleh dipanjangkan.

Dalam sinetron tersebut, isteri Tengku Fakhry itu digandingkan dengan Dude Herlino. Ramai peminat dan surat pembaca membuat penilaian yang Dude lebih sesuai jika disandingkan dengan Naysilla Mirdad.

"Banyak yang meminta Dude dipadankan kembali dengan Nay (Naysilla Mirdad)," kata satu sumber.

Namun menurut Dini, digantinya sinetron 'Manohara' bukan karena penonton tak lagi tertarik dengan sinetron tersebut. Namun memang alur ceritanya sudah habis dan tak lagi bisa diperpanjang.

Lakonan Manohara di sinetron itu juga turut mengundang kritik dari masyarakat. Rakan Manohara, VJ Marissa, mengakui Mano harus terus mengasah kemampuan lakonannya.

"Manohara sudah ada bakatnya, tapi dia cuma perlu mengasahnya," ujar bintang 'The Police' itu.

Begitupun, Manohara dilaporkan sering datang terlambat ke lokasi. Manun ketika ditanya, pihak produksi berkata ianya menjadi kebiasaan beberapa artis sinetron.

Difahamkan, sinetron 'Manohara' telah dihentikan siarannya pada 30 September lalu.

Alahai Ida.. takan semuanya dah bau busuk dah kot..sampai cerai berai nie...


Aduhhhh Sedih gilak nie bila jadik macam nie... takan hari baik bulan baik nie jadik benda macam nie... kan nie bulan bermaafan... takkan tak dapat nak memaaf satu sama lain kot... entah laa PAK CIK nak kata apa pon tak tau bila tengok benda macam nie berlaku.... cuma satu aja atok nak pesan... cuba pakat ingat balik 'sewaktu dok cium benda busuk tu dianya wangi belaka...' takan dah tak bau apa dah kot..???

Suami Ida Nerina lafaz cerai di Hari Raya kedua

Shahrin dan Ida ketika 2007.

PETALING JAYA: Shahrin Razali, bekas pemain drum kumpulan Black Rose, yang juga suami kepada aktres terkenal Ida Nerina didakwa telah melafazkan cerai terhadap aktres itu pada Hari Raya kedua baru-baru ini.

Ida Nerina Hussein, 45, kini sedang dirawat di PPUM, setelah cedera teruk di tulang belakang akibat terjatuh pada 21 Jun lalu di dalam rumahnya.

Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai itu lagi, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah pelakon filem ‘Susuk’ itu.

"Pada Jumaat lepas, suami Ida telah datang ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mengisi borang pengesahan lafaz cerai.

"Namun begitu, dia belum memfailkan kes cerai itu lagi," kata sumber itu.

Dalam pada itu, Shahrin atau nama sebenarnya Sha'arin Mohammed Razali ketika diminta mengesahkan hal cerai itu bagaimanapun enggan ditemubual dengan memberikan alasan sedang sibuk.

"Saya tengah sibuklah..," jawab abang kepada bekas pemain drum kumpulan OAG dan pelakon Qushairi atau Qi ini ringkas ketika dihubungi dan terus memutuskan talian. [LAGI]


Tuesday, September 29, 2009

Erra Dan Engku Emran dengan Engku Aleesya


gambar Anak Erra Dan Engku Emran




Ini lah gambar Engku Aleesya

erra-baby2


erra-baby3

ehsan dari : http://mediamalaya.com


Umie Jugak Sudah Di Sunting Datuk K


UMIE bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab.


TIDAK mahu bertunang lama, Umie mahu mengadakan majlis perkahwinannya
pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.
MALAM ini, bersamaan dengan 11 Syawal 1430 Hijrah, tiada yang lebih membahagiakan buat aktres jelita tanah air, Umie Aida, 36, selain menanti detik untuk bergelar tunangan orang.

Ya, hati Umie akhirnya berjaya dicuri oleh sang arjuna bernama Datuk Khairudin Abu Hassan, 40-an. Lelaki itu malam ini akan menghantar rombongan untuk meminang Umie.

Debaran bertunang? Masih lagi belum terasa kerana Umie begitu asyik membuat persediaan majlisnya malam nanti.

"Kawan-kawan pun pelik bila saya masih lagi tak rasa debarannya. Mungkin belum terasa lagi kot. Tengoklah sendiri malam nanti macam mana," tuturnya yang mengadakan majlis pertunangan di kediaman mewahnya di Mon't Kiara, Kuala Lumpur dengan warna tema biru muda dan putih untuk persalinan di pihak perempuan manakala kelabu di pihak lelaki. [baca lagi]

Datuk K saya punya.. - Siti

Siti: Datuk K hanya untuk saya..

Siti tidak kisah tentang nama Datuk K yang turut digunakan untuk gelaran bakal suami Umie Aida.

GEMBAR-GEMBUR tentang pertunangan pelakon Umie Aida dan Datuk K mungkin membuatkan ramai yang keliru kerana gelaran itu biasanya hanya popular untuk suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Namun, setelah berita itu dikeluarkan, Siti sendiri akui dia tidak pernah menerima apa-apa panggilan yang bertanya tentang hal itu.

Biarpun orang ramai masih tertanya-tanya tentang hal itu, akhirnya terjawab jua yang Datuk K yang dimaksudkan bukanlah suami Siti sebaliknya Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. [baca lagi]

Tuesday, August 25, 2009

Ini dia selebriti paling seksi

Johnny Depp dan Halle Berry diundi selebriti paling seksi

Johnny Depp sebagai kapten Jack Sparrow dalam filem "PIRATES OF THE CARIBBEAN: AT WORLD'S END".

JOHNNY Depp dan Halle Berry telah dipilih sebagai selebriti paling seksi dalam satu undian yang dibuat.

Menurut undian yang dilakukan oleh sebuah majalah popular di AS itu, bintang Hollywood Brad Pitt dan Angelina Jolie dipilih sebagai pasangan paling seksi.

Halle Berry hadir ke The 12th Shanghai International Film Festival di Shanghai Grand Theater pada 13 Jun, 2009. -foto AP

Sementara itu Jennifer Garner dipilih sebagai wanita yang mempunyai 'kecantikan paling natural'.

Mel Gibson dan Oksana Grigorieve diundi sebagai pasangan 'paling memeranjatkan'.

Amy Winehouse dipilih sebagai selebriti 'paling memerlukan terapi'

Sunday, August 23, 2009

Julie Woon dan Qushairi Razali - Berpacar-pacaran...

Julie: Qi ada segala kriteria lelaki idaman saya

Julie Woon dan Qushairi Razali bertemu buat pertama kali semasa sesi uji bakat filem 'Blogger Boy'. -foto THE STAR oleh ANDREW CHONG

SEMUANYA bermula di lokasi penggambaran. Perkenalan awal yang tidak lebih atas dasar persahabatan dan profesional akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta di hati dua pelakon drama bersiri Blogger Boy yang sedang ditayangkan di 8TV ini.

Akui Julie Woon yang membawakan watak Nina di dalam drama itu, dia sendiri tidak menyangka pemuzik dan pengacara bernama Qushairi Razali atau Qi yang dikenalinya semasa sesi ujibakat drama tersebut sebenarnya menepati kriteria lelaki idamannya.

"Saya tidak menafikan kami berada dalam fasa saling mengenali. Saya tidak pernah mengimpikan keluar dengan ahli pemuzik. Selain berlainan bangsa, dia juga lelaki yang tinggi lampai.

"Moga-moga kami ditakdirkan bersama-sama... dia mempunyai segala-gala kriteria yang tidak pernah saya fikirkan.

"Segala-galanya bergantung kepada jodoh dan kemajuan dalam perhubungan kami," akui Julie sambil senyum tersipu-sipu dan mengerling ke arah Qi yang menemaninya.

Pertemuan mata dua insan yang dilamun cinta dan kuntuman senyuman mereka itu hakikatnya sudah menjelaskan segala-gala di hati masing-masing.

Qi mendapat "markah penuh" daripada Julie dari pelbagai aspek seperti personaliti, keserasian dan lain-lain.

Berbanding dengan selebriti-selebriti tertentu yang menyimpan kemas percintaan mereka, pasangan secocok Qi-Julie ini nampaknya lebih bersifat terbuka dalam soal cinta.

"Saya tidak takut perhubungan kami diketahui.. asalkan kami tidak mengambilnya dari perspektif negatif atau mengganggu kerja-kerja lakonan kami dalam Blogger Boy musim kedua nanti," dedah Julie.

Apakah keistimewaan Qi di mata Julie? "Qi sangat merendah diri. Dia menegur semua orang dan tidak pernah memburuk-burukkan orang lain.

"Qi ialah jenis orang yang 'rare'. Dia percaya pada karma iaitu buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Misalnya, jika dia melihat orang lain tertekan, dia akan cuba berjenaka," ujar Julie.

Julie turut mendedahkan Qi ialah seorang yang romantis. Menurutnya, Qi akan bermain gitar, dram dan menyanyi untuk menghiburkan hatinya.

Mengenai perkembangan terkini kerjayanya, jelitawan berusia 25 tahun ini berkata, dia bakal mengendalikan serta mengacarakan program televisyen "Panorama" di sebuah stesen televisyen tempatan.

COMEL DAN NAKAL... Julie ialah graduan ekonomi dan perakaunan, tetapi lebih gemar berlakon.

Kata Julie, dia julung kali menulis skrip untuk program itu dan dia akan menggunakan bahasa Melayu (BM).

"Ia akan menceritakan isu-isu kemanusiaan, sains dan teknologi," ujarnya sambil menambah Qi banyak membantunya dalam sebutan dan nahu BM.

Selain itu, Julie berkata, dia sekali lagi akan berlakon bersama Qi dalam filem 'Cinta Hasnol' tidak lama lagi.

Menurutnya, dia berasa teruja membawa watak seorang pelacur yang sangat berbeza daripada watak Nina dalam filem 'Blogger Boy'.

Katanya, ini memberi ruang kepadanya untuk memperkembangkan bakat lakonan.

Saturday, August 22, 2009

Alicia Silverstone suka berkebun dalam keadaan tidak berpakaian

Alicia Silverstone memegang watak Kate Fox dalam drama bersiri "Miss Match".

AKTRESS Alicia Silverstone mendedahkan bahawa dia suka berkebun dalam keadaan tidak berpakaian.

Alicia, 32, mengakui dia mula tidak berpakaian ketika berkebun buat kali pertama.

"Kerana cuaca sangat panas, saya akan menanggalkan pakaian ketika sedang berkebun. Selepas itu saya akan terus mandi di kolam dan berenang. Sudah tentu ketika berada di dalam kolam saya memang tidak memakai apa-apa pun," kata Alicia.

Aktress itu menjelaskan Aktor Woody Harrelson juga sering tidak berpakaian.

"Saya pernah meluangkan masa bersama dengan Woody, dia langsung tidak segan dan malu apabila tidak memakai apa-apa pun," katanya lagi.

Saturday, May 2, 2009

AF7 - Aishah dan Claudia yang tersingkir.

Aishah dan Claudia menenangkan Isma.

Tiara memberikan kata-kata semangat kepada Aishah dan Claudia yang tersingkir.

Sambil mengawal emosi, Tiara mengumumkan AFMasuk.

Linangan air mata Aishah dan Claudia jatuh berderai kerana mendapat sokongan padu daripada tenaga pengajar dan saudara mara.





Monday, April 20, 2009

Proton Exora


PAKCIK rasa nak beli keta nie la buat bawak family pakcik.. ok kaa??

012615859

012615860

012615865

012616308

012616337
012619692

kisah asmara

             Britney berasmara dengan penari kacak

Britney Spears dilamun cinta selepas terpikat dengan Benz.

BINTANG pop Britney Spears yang dilaporkan terpikat dengan penari berwajah kacak, Chase Benz dikhabarkan turut menjalinkan hubungan asmara dengannya.

Menurut laporan, penyanyi `Hit Me Baby One more Time' itu semakin intim dengan Benz dan cenderung mengikutinya dalam lawatan kerja.

Menurut laporan lain pula, Britney kelihatan bergurau dengan Benz dalam keadaan separuh bogel.

Terbaru, Britney dilaporkan memulakan perhubungan tersebut selepas menemui Benz dalam lawatan kerjanya.

Benz berjaya menawan hati Britney kerana menggemari wajah kacak lelaki itu, tingkah lakunya yang lucu dan sentiasa mengukir senyuman manis.

Sunday, March 29, 2009

Ally Iskandar ada cinta baru...

Tu dia jejaka hensem TV3 di gossip bercinta dengan Artis tak pakai kasut nie.. he he he

Semoga kamu bahagia la Ally... kalau betul nanti jadi suami isteri jimat laa kamu tak payah beli kasut...



Elyana dan Ally Iskandar dikhabarkan semakin intim.

Anak artis...ketagih arak, amal seks bebas

Eishh Anak Sapa laa yg dok buat kelaku macam nie...
tak ingat nak mati kaa hangpa nie..




Aksi ghairah Miss X bersama teman lelaki terbarunya.

Johan Ooo Johan...

Oooo hangpa bercinta rupanya...

Oklah JOHAN.. pakcik ucapkan bercinta sampai naik pelamin laa nooo...

pak cik ingat hang nak ngorat JIHAN...

Wednesday, March 11, 2009

Pasangan belangkas Mawi-Ekin

Pasangan belangkas Mawi-Ekin bulan madu kedua di Sepanyol?

PASANGAN selebriti popular ini cukup romantis. Sejak ikatan cinta mereka disatukan pada 20 Disember tahun lalu, penyanyi popular Mawi dan isterinya, Nora'asikin Rahmat atau mesra disapa Ekin memang dilihat seperti 'belangkas'.

Ketepikan apa saja suara-suara sumbang yang seolah-olah tidak senang dengan hubungan suci pasangan ini kerana baik Mawi mahupun Ekin, mereka tidak pernah ambil pusing dengan hal remeh seperti itu dan akui cukup selesa berdua kemana-mana. Dan lantaran itu juga Mawi lebih senang melantik isterinya itu untuk menguruskan jadual seninya.

Hampir tiga bulan bergelar suami isteri, pasangan ini semakin bahagia melayari bahtera rumahtangga. Terbaru, Mawi dikatakan akan membawa Ekin ke Sepanyol pula pada pertengahan April depan.

Mungkinkah ia merupakan destinasi 'honeymoon' kedua pasangan ini setelah pertama kali berbulan madu di Korea Selatan pada Januari lalu?

Mawi dan Ekin makin bahagia melayari bahtera rumahtangga bersama - foto THE STAR oleh CHAN TAK KONG

"Kami ke sana bukan untuk berbulan madu. Sebenarnya, saya akan menyambung semula program Langkah Mawi terbitan Mawi World dan destinasi pertama yang akan kami pergi ialah Sepanyol.

"Jadi, sudah tentu saya akan bawa Ekin bersama. Tetapi kami ke sana lebih di atas dasar kerja.

"Saya baru saja tamat menjalani penggambaran filem Magika dan ketika ini sedang terlibat dengan teater Sirah Junjungan. Selepas habis teater itu nanti, saya akan tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap projek Langkah Mawi ini," kata Mawi yang ditemui pada rakaman program Kelab Pop di Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya, semalam.

Menurut penyanyi berusia 28 tahun ini, program Langkah Mawi yang pernah disiarkan pertama kalinya di Astro Ria pada tahun lalu juga akan ke destinasi-destinasi lain selepas itu, tetapi buat masa ini negara yang akan dikunjunginya itu masih belum ditetapkan.

"Seperti yang sebelum ini, Langkah Mawi kali ini masih akan mengupas tentang muzik, fesyen, makanan dan budaya negara-negara tertentu. Buat masa ini, saya hanya terfikir untuk ke Sepanyol dan masih berbincang tentang negara-negara lain.

"Insya-Allah, Ekin juga akan muncul bersama saya di dalam sebuah episod istimewa Langkah Mawi ini," kata penyanyi yang berasal dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini.

Sengaja diajukan pula tentang subjek 'anak', Mawi sambil tersenyum hanya menjawab:

"Belum ada rezeki. Rasanya, saya pun belum ada ciri-ciri bapa kot," ujar Mawi dalam nada berseloroh.

Ditanya tentang perkembangan lain karier seninya, Mawi sempat menceritakan pengalamannya membintangi filem muzikal fantasi arahan Edry KRU, Magika yang baru tiga hari tamat penggambarannya.

Turut membintangi filem itu antara lain ialah Diana Danielle, Ziana Zain, Ning Baizura dan Ogy Ahmad Daud.

"Banyak pengalaman baru saya kutip ketika berlakon filem ini. Ia tidak sama seperti yang saya buat untuk filem pertama saya, Jin Notti dulu. Memandangkan filem ini berkonsepkan muzikal, saya perlu menyanyi dan berlakon pada masa yang sama.

"Memang cukup mencabar untuk lakukannya apatah lagi saya perlu juga bermain dengan emosi. Tetapi Edry sendiri banyak membantu saya," kata Mawi yang membawakan watak Badang di dalam filem itu.

Dalam pada itu, ditanya tentang kesihatan ibunya, Ramlah Sarlan yang baru-baru ini dikatakan tenat kerana diserang penyakit darah tinggi, kata Mawi, dia bersyukur kerana ibunya kini semakin sihat.

"Sejak dia sakit tempoh hari, kerap juga saya pulang ke kampung di Kulai. Sudah lebih lima kali saya pulang menjenguk ibu sejak bulan lalu.

"Malah, kelmarin saya dan Ekin sempat balik ke Kulai untuk menyambut hari lahir ibu yang ke-63. Dia nampak cukup gembira dan Alhamdulillah, tahap kesihatannya juga semakin baik.

"Tetapi dari masa ke semasa, dia masih meneruskan rawatan di salah sebuah hospital di sana," kata Mawi.