~Tu Dia Macam2 Ada.. Nie semua SPONSER besar Pak Cik nie~

Tuesday, August 25, 2009

Ini dia selebriti paling seksi

Johnny Depp dan Halle Berry diundi selebriti paling seksi

Johnny Depp sebagai kapten Jack Sparrow dalam filem "PIRATES OF THE CARIBBEAN: AT WORLD'S END".

JOHNNY Depp dan Halle Berry telah dipilih sebagai selebriti paling seksi dalam satu undian yang dibuat.

Menurut undian yang dilakukan oleh sebuah majalah popular di AS itu, bintang Hollywood Brad Pitt dan Angelina Jolie dipilih sebagai pasangan paling seksi.

Halle Berry hadir ke The 12th Shanghai International Film Festival di Shanghai Grand Theater pada 13 Jun, 2009. -foto AP

Sementara itu Jennifer Garner dipilih sebagai wanita yang mempunyai 'kecantikan paling natural'.

Mel Gibson dan Oksana Grigorieve diundi sebagai pasangan 'paling memeranjatkan'.

Amy Winehouse dipilih sebagai selebriti 'paling memerlukan terapi'

Sunday, August 23, 2009

Julie Woon dan Qushairi Razali - Berpacar-pacaran...

Julie: Qi ada segala kriteria lelaki idaman saya

Julie Woon dan Qushairi Razali bertemu buat pertama kali semasa sesi uji bakat filem 'Blogger Boy'. -foto THE STAR oleh ANDREW CHONG

SEMUANYA bermula di lokasi penggambaran. Perkenalan awal yang tidak lebih atas dasar persahabatan dan profesional akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta di hati dua pelakon drama bersiri Blogger Boy yang sedang ditayangkan di 8TV ini.

Akui Julie Woon yang membawakan watak Nina di dalam drama itu, dia sendiri tidak menyangka pemuzik dan pengacara bernama Qushairi Razali atau Qi yang dikenalinya semasa sesi ujibakat drama tersebut sebenarnya menepati kriteria lelaki idamannya.

"Saya tidak menafikan kami berada dalam fasa saling mengenali. Saya tidak pernah mengimpikan keluar dengan ahli pemuzik. Selain berlainan bangsa, dia juga lelaki yang tinggi lampai.

"Moga-moga kami ditakdirkan bersama-sama... dia mempunyai segala-gala kriteria yang tidak pernah saya fikirkan.

"Segala-galanya bergantung kepada jodoh dan kemajuan dalam perhubungan kami," akui Julie sambil senyum tersipu-sipu dan mengerling ke arah Qi yang menemaninya.

Pertemuan mata dua insan yang dilamun cinta dan kuntuman senyuman mereka itu hakikatnya sudah menjelaskan segala-gala di hati masing-masing.

Qi mendapat "markah penuh" daripada Julie dari pelbagai aspek seperti personaliti, keserasian dan lain-lain.

Berbanding dengan selebriti-selebriti tertentu yang menyimpan kemas percintaan mereka, pasangan secocok Qi-Julie ini nampaknya lebih bersifat terbuka dalam soal cinta.

"Saya tidak takut perhubungan kami diketahui.. asalkan kami tidak mengambilnya dari perspektif negatif atau mengganggu kerja-kerja lakonan kami dalam Blogger Boy musim kedua nanti," dedah Julie.

Apakah keistimewaan Qi di mata Julie? "Qi sangat merendah diri. Dia menegur semua orang dan tidak pernah memburuk-burukkan orang lain.

"Qi ialah jenis orang yang 'rare'. Dia percaya pada karma iaitu buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Misalnya, jika dia melihat orang lain tertekan, dia akan cuba berjenaka," ujar Julie.

Julie turut mendedahkan Qi ialah seorang yang romantis. Menurutnya, Qi akan bermain gitar, dram dan menyanyi untuk menghiburkan hatinya.

Mengenai perkembangan terkini kerjayanya, jelitawan berusia 25 tahun ini berkata, dia bakal mengendalikan serta mengacarakan program televisyen "Panorama" di sebuah stesen televisyen tempatan.

COMEL DAN NAKAL... Julie ialah graduan ekonomi dan perakaunan, tetapi lebih gemar berlakon.

Kata Julie, dia julung kali menulis skrip untuk program itu dan dia akan menggunakan bahasa Melayu (BM).

"Ia akan menceritakan isu-isu kemanusiaan, sains dan teknologi," ujarnya sambil menambah Qi banyak membantunya dalam sebutan dan nahu BM.

Selain itu, Julie berkata, dia sekali lagi akan berlakon bersama Qi dalam filem 'Cinta Hasnol' tidak lama lagi.

Menurutnya, dia berasa teruja membawa watak seorang pelacur yang sangat berbeza daripada watak Nina dalam filem 'Blogger Boy'.

Katanya, ini memberi ruang kepadanya untuk memperkembangkan bakat lakonan.

Saturday, August 22, 2009

Alicia Silverstone suka berkebun dalam keadaan tidak berpakaian

Alicia Silverstone memegang watak Kate Fox dalam drama bersiri "Miss Match".

AKTRESS Alicia Silverstone mendedahkan bahawa dia suka berkebun dalam keadaan tidak berpakaian.

Alicia, 32, mengakui dia mula tidak berpakaian ketika berkebun buat kali pertama.

"Kerana cuaca sangat panas, saya akan menanggalkan pakaian ketika sedang berkebun. Selepas itu saya akan terus mandi di kolam dan berenang. Sudah tentu ketika berada di dalam kolam saya memang tidak memakai apa-apa pun," kata Alicia.

Aktress itu menjelaskan Aktor Woody Harrelson juga sering tidak berpakaian.

"Saya pernah meluangkan masa bersama dengan Woody, dia langsung tidak segan dan malu apabila tidak memakai apa-apa pun," katanya lagi.