Justeru itu, jangan diperlekeh usaha dan bakat yang ada dalam diri si manis berusia 25 tahun pemilik nama penuh Nor Fauziah Mohd Ghous.
Biarpun kehadirannya disambut dengan gosip yang kurang enak, kononnya bercinta dengan si anu dan si anu, namun sebagai penyambung riwayat anak seni, Fouziah sanggup merentasi apa jua ujian yang hadir kepadanya.
Berkat kesabaran yang tinggi, kini nama Fouziah semakin disenangi. Tawaran lakonan yang datang juga mencurah-curah sehingga kadang-kala terpaksa ditolak. Barangkali tak terlayan dek kekuatan yang empunya badan.
"Sekarang ini saya memang sibuk. Siang malam kerja sahaja, pada saya usia muda ini harus digunakan sebaik mungkin untuk kesenangan masa hadapan.
"Penat memang penat, tetapi saya terpaksa demi minat dan rezeki. Inilah harga yang perlu saya bayar. Kalau tidak saya juga yang susah bila tiba hujung bulan," terangnya sambil ketawa manja.
Ramai yang melihat lonjakan namanya meningkat terlalu cepat dan mudah. Lihat saja drama yang menggunakan khidmatnya, tidak terhitung dengan jari. - (Selanjutnya)
No comments:
Post a Comment