~Tu Dia Macam2 Ada.. Nie semua SPONSER besar Pak Cik nie~

Saturday, August 30, 2008

Diana Danieele akui bergambar dengan pakaian mandi

BARU-BARU ini Zubir dikejutkan dengan satu artikel dalam akhbar tabloid berjudul 'Gambar separuh bogel Diana di website', sekali gus dia mengundang kontroversi dengan berpakaian separuh bogel seperti disiarkan internet. Diana yang dimaksudkan itu ialah aktres remaja berwajah Pan-Asian yang sedang meletup-letup namanya ketika ini, Diana Danielle, 16.

Pun begitu, Zubir sendiri belum berpeluang melihat gambar Diana yang didakwa hanya berbikini itu. Selepas dikirimkan SMS kepadanya, beberapa jam selepas itu, Zubir terus menerima panggilan telefon daripada Diana.

"Benar Abang Zubir, Diana mengaku, gambar berbikini yang tersebar di Internet itu adalah diri Diana sendiri. Ketika itu usia Diana baru 13 tahun. Masa tu Diana menghadiri majlis sambutan hari jadi seorang teman baik. Majlis itu pula diadakan di tepi kolam renang rumah kawan Diana. Selesai barbeku, Diana dan kawan-kawan mandi di kolam renang itu.

"Dah namanya pun kolam renang, mestilah pakai pakaian mandi. Diana mengaku, Diana hanya mengena bikini, namun dipakai bersama pario yang diikat di pinggang. Kami pun bergambar beramai-ramai. Tapi, Diana tak sangka, gambar lama itu kini tersebar di Internet. Gambar itu pula dirakam untuk kegunaan peribadi, tak tahu pula macam mana ia boleh tersebar di Internet.

"Tapi, perkara sudah berlaku. Diana minta maaf kepada mereka yang tersinggung, maklumlah ketika itu umur Diana muda benar, tak tahu apa-apa, suka-suka saja. Sekarang ni apabila orang dah mula kenal Diana, baru Diana rasa kesan negatifnya. Diana harap, mereka di luar sana memaafkan Diana. Diana berjanji, perkara seumpama itu tidak akan berlaku lagi," kata Diana berterus-terang. - Seterusnya -

Sarah akui berpeluk dan bercium...

Heroin Aduh Saliha akui kebodohan diri sendiri memasukkan gambar peribadi dalam internet
"MEMANG Sarah akui, Sarah sendiri yang meletakkan gambar-gambar peribadi itu dalam 'facebook' (ruangan dalam internet), tujuannya sekadar suka-suka untuk kawan-kawan Sarah. Apabila sudah dimasukkan dalam 'facebook', Sarah terlupa nak letakkan private. Ketika itu juga, Sarah tak terfikir, keadaan akan jadi begini teruk. Ada juga Sarah nampak gambar artis-artis lain dalam 'facebook', jadi Sarah pun letak.

People make mistakes (menangis). Memang bodoh sangat Sarah buat macam tu! Sarah tahu Sarah salah, ini kebodohan diri sendiri. Sarah minta maaf. Tapi, Sarah tak sangka boleh jadi macam ni, jadi isu besar.

Sarah akui, pemuda dalam gambar berkenaan, memang teman lelaki Sarah, kami intim kira-kira tiga bulan lalu. Dia seorang model dan pernah menyertai pertandingan bakat baru anjuran sebuah majalah pada 2007. Namanya, Ammar Alfian Aziz.

Kami sama-sama remaja, darah muda. Kami saling menyayangi satu sama lain. Apa yang kami lakukan seperti dipaparkan pada gambar itu, memang tak patut didedahkan kepada umum, ia terlalu peribadi. Tapi, benda dah jadi, Sarah minta maaf. Sepatutnya Sarah dan Ammar memang tak boleh berpeluk dan bercium , tapi... - Seterusnya -

Tolak gelaran artis simbol seks

Ramai peminat tahu Jue digosipkan dengan Shawal AF5, kemudian dia mengaku intim dengan aktor Hans Isaac

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba telinga penulis 'dihujani' dengan maklumat terbaru, khabarnya pelakon seksi, Jue Aziz bermain cinta dengan Hans Isaac yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Pengarah Harapan dan Lakon Layar Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21), sekali gus menenggelamkan gosipnya bersama bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Mohd Shawal Ruslan.

Sebelum ini desas-desus mengatakan dia dengan Shawal adalah pasangan bercinta kerana mereka pernah dilihat kerap keluar makan bersama.

Agak mengejutkan apabila menerima gosip mengatakan kira-kira dua minggu lalu, Hans ke set penggambaran drama terbaru lakonan Jue, Orang Minyak Naik Minyak di sekitar Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sama ada Hans sekadar bergurau atau tanpa berselindung, dia khabarnya turut memberitahu krew yang berada di situ, Jue adalah kekasihnya! Jue dan Hans juga dikatakan kelihatan mesra sebagai pasangan kekasih.

Bagi merungkai persoalan ini, kesempatan bertemu Jue pada satu majlis makan malam baru-baru ini digunakan dengan sebaiknya apabila dia berjaya 'diterjah' dengan gosip terbaru ini. Apakah benar Jue kini bertakhta di hati Hans?

“Memang Hans ada bertemu saya di set penggambaran, baru-baru ini. Saya akui, berkawan rapat dengan Hans selepas putus cinta dengan Jehan (Miskin). Saya selesa berkawan dengan Hans kerana dia seorang yang caring. Namun, perhubungan kami tidak lebih daripada seorang teman baik. Terus terang saya katakan, saya belum bersedia dengan cinta, berilah saya ruang waktu lagi sebelum bertemu cinta baru. - Seterusnya -

Raja Farah dan isu 'love bite'

Farah menunjukkan tanda hitam di leher yang kini semakin pulih.

HAI... bertemu lagi di edisi baru Bintang Popular atau B*Pop yang lebih segar! Zubir pula akan terus bergosip selagi dunia hiburan disajikan cerita panas. Dulu Zubir Intip, kini Teropong Bersama Zubir, namun inti patinya tetap sama, kisah sensasi dunia artis. Fakta dan bukti menjadi teman Zubir agar mata pena semakin ligat menari!

Minggu ini Zubir nak teropong kisah aktres remaja yang semakin meniti popularitinya - Raja Farah Raja Aziz, 20, yang baru saja muncul di pawagam menerusi Apa Kata Hati? Dia juga baru selesai membintangi drama bersiri 26 episod, Intan Asmara apabila episod terakhirnya baru saja menemui penonton di TV3, Rabu lalu (25 Jun).

Pun begitu, sejak Intan Asmara ke udara, Zubir difahamkan bukan kehebatan cerita berkenaan banyak diperkatakan, namun kesan 'love bite' atau gigitan cinta yang jelas tertera di leher Raja Farah menjadi bualan ramai penonton dan tulisan rakan wartawan.- Seterusnya -

Rita Rudaini disaman RM85,000

KES saman membabitkan dunia hiburan dan artis bukanlah sesuatu yang asing. Pantang buat silap sikit, terimalah ‘surat cinta’! Kadang-kadang tu, tersalah tulis sikit saja, ada di kalangan artis tunjuk hebat, mengugut nak saman wartawan! Bagi Zubir, jika ada artis seumpama ini, yang tak boleh bertolak ansur, yang anggap wartawan musuh, kita biarkan saja mereka terjun dengan labu-labunya.

Apa yang Zubir nak teropong minggu ini berkaitan kes saman membabitkan artis juga. Zubir difahamkan, artis cun melecun, Rita Rudaini Mokhtar, baru-baru ini, terima surat saman! Bukan saman ekor atau saman tak bayar duit parking kereta, tapi surat saman dari production house.

Zubir dimaklumkan, Rita terima surat saman bertarikh 20 Jun 2008 ketika dia nak keluar rumah pergi shooting. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur meminta Rita hadir di hadapan hakim pada 29 Ogos ini, jam 2 petang untuk menjawab satu tuntutan daripada Orbit Mediasari Sdn Bhd yang dianggarkan sebanyak RM85,000!

Zubir difahamkan, Orbit Mediasari ialah syarikat penerbitan yang menghasilkan filem Kantoi, arahan Mat London. Pergeseran bermula apabila syarikat itu mendakwa Rita tidak hadir ke lokasi penggambaran apabila diminta dan tempatnya terpaksa diganti seorang lagi aktres cantik, Rozita Che Wan.

Menerusi ruangan ini, ketika itu Zubir Intip bertarikh 2 Mac 2008, berikut adalah sebahagian komen Rita berhubung pergeserannya dengan produksi berkenaan. - Seterusnya -

Selebriti 'steamboat' mabuk menari dalam tandas!

Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my

MERDEKA! Merdeka! Merdeka! Hari ini genaplah 51 tahun negara kita mencapai usia kemerdekaan, bebas daripada segala bentuk penjajahan. Namun, segelintir anak seni yang megah menggelarkan diri sebagai selebriti popular, masih belum merdeka, lebih tepat lagi pemikiran mereka terus dijajah kebodohan tahap dewa! Selebriti popular seperti ini bolehlah diklasifikasikan sebagai 'B' iaitu bangang!

Ketika Zubir memperoleh cerita perihal selebriti popular mabuk di kelab eksklusif sekitar Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur ini, sumber yang mencanang kisah ini bukan saja mengklasifikasikan selebriti berkenaan sebagai ‘B’, sebaliknya mereka turut menggelarkan dirinya sebagai selebriti ‘steamboat’! Setahu Zubir, steamboat ialah sejenis makanan seperti bebola ikan atau sotong, sebelum dimakan hendaklah dicelup dulu.

Teropong Zubir yang dipasang di kelab berkenaan berjaya merakamkan aktiviti sosial selebriti ‘steamboat’ itu bersama rakan-rakannya. Sekadar menari dan meneguk minuman keras berjenama terkenal, alat penggera tidak berbunyi, tapi kalau sudah mabuk tahap dewa sehingga hilang kawalan diri, perasaan malu tiada harga lagi, ‘menjerit-jerit’ penggera itu memberitahu orang sekeliling perangai tak senonoh selebriti ‘steamboat’! - Seterusnya -

Maya Sekadar Mahu 2 Anak Sahaja


BAHAGIA tidak pernah surut daripada wajah pengantin baru Maya Karin, 29, dan suaminya Steven David Shorthose, 38, atau nama Islamnya, Muhammad Ali.

Selepas selamat diijabkabulkan di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali pada 14 Ogos lalu pasangan ini merai cinta mereka dengan resepsi yang diadakan di padang bola sepak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) tanggal 29 Ogos lalu.

Melayan lebih 800 tetamu, media yang pertama kali menemu bual Steven bercakap tentang cintanya kepada pelakon jelita yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 menerusi karakternya dalam filem Anak Halal. - (Seterusnya)

Friday, August 29, 2008

Radja - Telus



AIZAT - Hanya Kau Yang Mampu

Erra hamil tiga bulan

KUALA LUMPUR: Impian pelakon popular, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira, 34, untuk bakal bergelar ibu akhirnya menjadi kenyataan apabila dia disahkan mengandung tiga bulan.

Erra yang mula popular menerusi filem Sembilu mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 33, pada Oktober lalu.

Engku Emran ketika dihubungi mengesahkan berita itu sambil mengharapkan agar peminat dapat mendoakan kesihatan dan keselamatan isterinya.

“Erra disahkan mengandung bulan lalu dan kini kandungannya sudah pun berusia tiga bulan. Kami sangat gembira dengan berita ini dan berharap supaya peminat dapat mendoakan kesihatan isteri saya,” katanya yang tidak kisah mengenai jantina anak. - (Selanjutnya)

Liena Hangat kahwin lagi


MESKIPUN mahligai perkahwinan yang dibina dengan lelaki bernama Muhammad Jamal Deluloy Abdullah pada 21 Ogos 2002 menemui kehancuran, penyanyi sensasi, Liena Hangat tidak mudah mengalah.

Enggan menoleh belakang apatah lagi menyesali takdir yang tertulis oleh-Nya, pemilik nama Norazlina Abd. Rahman kini menemui cinta baru setelah mahligainya sebelum ini dipersiakan.

Barangkali ada sesetengah pihak beranggapan Liena ibarat perempuan tidak tahu menjaga kehormatan diri sedangkan kisah perceraiannya masih membasahi fikiran serta khalayak.

Tebarlah apa jua umpatan atau nista kepada Liena, sebaliknya anak kelahiran Johor Darul Takzim ini tidak mengambil endah dengan kata-kata nakal itu.

Baginya, dia sentiasa mengamalkan atitud positif dan berterus-terang tanpa mahu menyembunyikan perkara baik.

Liena sebelum ini penat dengan pertanyaan umum tentang perihal suami sehingga sampai satu saat dia seolah-olah malu untuk keluar berjumpa teman-teman dan pihak media.

Lagipun sudah menjadi resam artis untuk berkongsi cerita terbaru bersama peminat yang selama ini tidak henti-henti menyokong karier seninya. - (Selanjutnya)

Harga yang perlu dibayar

FOUZIAH GHOUS bukanlah satu jenama produk tetapi dengan menggunakan nama komersial itu, dia gagah dan yakin dengan apa yang ingin dicapai dalam dunia seni.

Justeru itu, jangan diperlekeh usaha dan bakat yang ada dalam diri si manis berusia 25 tahun pemilik nama penuh Nor Fauziah Mohd Ghous.

Biarpun kehadirannya disambut dengan gosip yang kurang enak, kononnya bercinta dengan si anu dan si anu, namun sebagai penyambung riwayat anak seni, Fouziah sanggup merentasi apa jua ujian yang hadir kepadanya.

Berkat kesabaran yang tinggi, kini nama Fouziah semakin disenangi. Tawaran lakonan yang datang juga mencurah-curah sehingga kadang-kala terpaksa ditolak. Barangkali tak terlayan dek kekuatan yang empunya badan.

"Sekarang ini saya memang sibuk. Siang malam kerja sahaja, pada saya usia muda ini harus digunakan sebaik mungkin untuk kesenangan masa hadapan.

"Penat memang penat, tetapi saya terpaksa demi minat dan rezeki. Inilah harga yang perlu saya bayar. Kalau tidak saya juga yang susah bila tiba hujung bulan," terangnya sambil ketawa manja.

Ramai yang melihat lonjakan namanya meningkat terlalu cepat dan mudah. Lihat saja drama yang menggunakan khidmatnya, tidak terhitung dengan jari. - (Selanjutnya)

Pembakar semangat Aznil




PENGACARA nombor satu negara, Aznil Nawawi sudah pasti mampu tersenyum puas dengan segala kejayaan yang dimilikinya setelah mengharungi onak dan duri dalam meniti hidup sebagai seorang anak seni.

Sudah pasti segala-galanya memberikan seribu kemanisan buat pengacara kesayangan ramai ini dan tiada apa yang lebih indah apabila dia kini berjaya membuka satu lagi lembaran baru dalam karier seninya.

Buat pertama kalinya, Aznil diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Anugerah Galakan Keterampilan Berbahasa Televisyen 2007 menerusi rancangan kendaliannya, Macam-Macam Aznil (MMA).

Anugerah itu bakal diberikan kepada Aznil kerana berjaya memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di dalam rancangan MMA pada majlis anugerah Citrawangsa 2007 yang akan diadakan pada Oktober depan.

Saat ditemui pada majlis pelancaran album mininya yang berjudul Aznil, baru-baru ini, pengacara tersohor ini tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan gembira dan terkejutnya saat dikhabarkan tentang berita baru itu. - (Selanjutnya)

Dua drama merdeka di RTM


Antara babak keganasan rumah tangga yang dipaparkan dalam drama Sughanthiram.


BAHANG kemerdekaan negara yang ke-51 tahun kini semakin dirasai. Bakal disambut pada hujung minggu ini, tanggal 31 Ogos sememangnya membawa maksud patriotik yang bukan sedikit di kalangan rakyat negara ini.

Jika masyarakat umum bersedia menyambut ketibaan tarikh keramat itu dengan mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan, kediaman dan premis-premis perniagaan, gergasi penyiaran negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM), juga tidak ketinggalan menyediakan drama-drama khas untuk ditayangkan pada hari tersebut.

Dua drama yang disediakan ialah drama yang berlatarkan zaman pemerintahan Jepun di era 40-an hingga kini iaitu Namaku Bukan Setsuko.

Sebuah lagi ialah drama yang memaparkan konflik kekeluargaan serta hubungan akrab dua sahabat yang berketurunan Melayu dan India, Sughanthiram.- (Selanjutnya)