~Tu Dia Macam2 Ada.. Nie semua SPONSER besar Pak Cik nie~
Thursday, December 25, 2008
DUDA & JANDA
Saturday, December 13, 2008
Dah KALAH.. maka KALAH laa dia
Kejutan kategori Balada beri petanda juara lagu AJL23?
APAKAH kejutan mengumumkan kemasukan lagu Dingin nyanyian Ziana Zain di dalam Muzik-Muzik separuh akhir kategori Pop Rock memberikan satu petanda lagu kategori Balada bakal bergelar juara lagu Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) nanti?
Saturday, December 6, 2008
Adegan Lesbian Bercium - Scha al-Yahya & Reanna
Satu babak lesbian bercium akan di’paparkan dalam filem Histeria yang akan menemui penonton 18 Disember ini. Dua watak yang terlibat dalam adegan panas ini ialah Alissa (Scha al-Yahya) & Zeta (Reanna).
Namun, menurut pengarah filem ini James Lee, babak ciuman sesama perempuan yang dipaparkan bukanlah satu adegan panas yang boleh dijadikan isu sementelah perkara seumpama ini memang sering berlaku di alam realiti.
Perlukah babak lesbian?
Dan, satu isu yang turut didebatkan mengenai Histeria juga ialah, James seakan terlupa terhadap sensitiviti isu lesbian di kalangan masyarakat yang ditonjolkan dalam filem itu.
Mengulas isu lesbian dan hubungan terlarang antara guru dan pelajar, James berkata, babak berkenaan tidak seharusnya dimanipulasikan atau dipandang dari aspek yang negatif.
“Secara realiti, ia sememangnya berlaku di kalangan masyarakat. Jika kita tidak tayang pun, ia tetap akan berlaku,’’ ujarnya ringkas sambil membayangkan Histeria bakal diterbitkan kesinambungannya jika mendapat sambutan menggalakkan penonton.
Tiru filem luar?
Sementara itu, seperti yang diperkatakan iaitu penerapan filem seram Hollywood ke dalam Histeria, ia sebenarnya menjangkaui sempadan Hollywood dengan olahan teknik penghasilan filem seram dari Korea serta Thailand.
Diakui sendiri oleh James, ia bagaimanapun memasukkan elemen tempatan terutama penciptaan watak hantunya.
“Saya sendiri telah melakukan penyelidikan histeria sejak beberapa bulan lalu.
“Hantu yang dibawakan dalam Histeria adalah Jembalang Busut yang kurang diketengahkan di mana-mana drama atau filem.
“Oleh itu, pihak kami telah mengambil elemen ini dan menerokai mengenainya,’’ katanya mengenai pendekatan pengarahan filem Histeria.
Menurut James, walaupun karya-karya seram sudah banyak diketengahkan, ia masih mendapat tempat di hati masyarakat.
Dengan kos pembikinan sebanyak RM1.4 juta, Histeria menjalani pengambaran pada Ogos tahun lalu di sebuah sekolah di Kajang, Selangor.
Apa Kata Pak CIK...."Kena Pie TONTON nie.."
Vanida Imran kena cium dgn Jejaka Perancis
Cuba perhatikan lagak Vanida Imran bersama dengan jantan dari Perancis yang romantis itu.
nasib baik x jadi mcm artis bollywood shilpha shety ngan richard gere ari tu..
Ha Haa
Tuesday, November 25, 2008
Perghh CIUM MULUT la pulak....
.
Histeria papar ciuman lesbian
haryati.karim@kosmo.com.my
ADEGAN lesbian, jampi serapah serta skandal cinta pelajar dan guru antara yang menjadi intipati dalam filem Histeria arahan pengarah yang terkenal dengan filem-filem bebas, James Lee yang bakal ditayangkan pada 18 Disember depan.
Sarat dengan adegan yang boleh dikatakan 'panas' termasuk babak ciuman antara dua watak perempuan iaitu Alissa dan Zeta, namun jangan tersalah anggap kerana filem seram terbitan produksi Tayangan Unggul Sdn. Bhd. ini masih dalam kategori untuk tayangan umum dan boleh disaksikan oleh semua lapisan masyarakat.
Menurut pengarahnya, hanya dua babak dalam filem ini yang tidak diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), walaupun turut menampilkan jampi serapah dan adegan pembunuhan yang agak menggerunkan.
"Ini merupakan satu langkah yang positif untuk filem ini. Saya rasa pihak LPF memahami cerita kami bukannya tentang hantu semata-mata kerana hantu yang ditampilkan lebih mirip kepada raksasa bukannya hantu yang mempunyai rambut panjang mengurai," kata James.
PAKCIK : Perghhh nie sudah best nie.. teringin jugak PAKCIK nak tonton filem2 melayu yang berani2 nie.. almaklomlah dulu bukan ada pon slot2 macam nie.. nak kena tunggu nie.. tak sabaq rasanya nak tengok depa com molot camna.. he he he....
Saturday, November 22, 2008
Jiwang la pulak...
hari nie pak cik nak ajak rakan semua layan lagu jiwang plak... bukan apa ada permintaan dari seorang sahabat mungkin putus cinta ka kemarok cinta ka mintak lagu nie.. jadi pak cik pon LAYAnnnnnn........
Tajuk Lagu: | Ada Cinta |
Artis: | Acha Septriasa & Irwansyah |
Lirik: | Ucapkanlah kasih.. Satu kata yang kunantikan Sebab ku tak mampu membaca matamu Mendengar bisikmu Nyanyikanlah kasih.. Senandung kata hatimu Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini Sebab ku meragu pada dirimu Mengapa berat ungkapkan cinta Padahal ia ada Dalam rinai hujan, dalam terang bulan Juga dalam sedu sedan Mengapa sulit mengaku cinta Padahal yang terasa Dalam rindu dendam, hening malam Cinta.. terasa ada… Nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini Sebab ku meragu pada dirimu |
Tuesday, November 18, 2008
CT bersama M Nasir ...
.
He he he.. PAK CIK nak bebel apa tak tau hari nie.. mmmm selak punya selak PAK CIK jumpa topic pasai Akak CT kita..
Perghh dengaq kata dah nak buat lagu dengan M Nasir plak... al gayanya kita kena pakat2 tunggulah hasilnya macamana... rasa PAK CIK sah bikin gempak punya... Bukan apa SIFU jumpa RATU...
Mudah2an lagu yang di hasilkan oleh M Nasir nanti akan menjadikan Akak CT terus menjadi pujaan ramai di seantaro dunia.... namun apa-apa pon LAYAnnnnn....
~ UTUSAN ~
Sunday, November 16, 2008
Yeahh..ROCK n ROLL...
Jadi disini PAK CIK nak habaq laa.. dari apa yg PAK CIK tengok kat dua MAMAT nie.. depa ada bakat ada rupa ada suara... harapan PAK CIK depa nie la pengganti pada era ROCK dulu-dulu... untuk ROCK era sekarang nie... bukan apa mat-mat rock yg dok ada skrg nie.. nak kata rock pon tak macam rock tapi ngaku rock.. entah laa...
apa-apa pon layan.... ROCK baby.... he he he....
NORMAN/ABBY dengaq sini...
Adusss... Sedih jugak PAK CIK tengok rumah tangga ko orang nie... meh sini PAK CIK nak nasihat sikit... BENDA dan jadi maka telah terjadi... biarpon siapa bersalah BIAR MAHKAMAH YG MENENTUKAN... dan PAK CIK tengok benda nie dua-dua orang bersalah... SUAMI salah kena tangkap dan dituduh khalwat.. PAK CIK nak hukum salah sory la PAK CIK tak ada dalam opis tempohari... dan ISTERI plak PAK CIK kata salah sama sebab yg dok buat kelaku hamoi tu apa sal.. cool walaupon hakikatnya dah meluat kat SUAMI tuu...
BUKAN apa bila PAK CIK tengok kamu mula guna media nak burukkan si SUAMI kamu itu tak best laa.. sebelom nie boleh tidoq sekangkang pon tak ada hal... jadi kalau dah tak suka sangat guna saluran yg ada... MAHKAMAH yg ada kat MALAYSIA nie jangan risau.. AMBIK aja peguam yg best.. spt KAPAL SINGH kaa.. opsss mamat nie handle kes cerai berai kaa.. he he.. OK ambik saja sapa yg and arasa terra... pastu kasi lawan mintak hak anda yg sebaik-baiknya...
PAK CIK nasihat macam nie sebab bukan apa dulu masa bercinta bukan main elok nak kawin.. jadi jika dah jadi pahit kelat masam cuka nie... buat la elok2... kalau si SUAMI tak bagi kerjasama guna kan saluran lain yg ada macam PAK CIK cakap tadi....
TAPI harapan PAK CIK sebelom buat apa-apa tu tolong la buat ISTIHARAH banyak-banyak dan pakat-pakat tengok muka anak...dan ingatkan NOSTALGIA yg INDAH-INDAH sewaktu berdua...
Friday, October 31, 2008
Kes khalwat: Memey tidak sedar Norman ada di pejabat masa serbuan
PETALING JAYA: "Saya tidak sedar Norman pulang ke pejabat pada waktu itu. Apa yang saya tahu, setelah serbuan dibuat, barulah saya sedar Norman berada di aras dua pejabat itu," luah pelakon muda, Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berhubung kes ditangkap khalwat bersama aktor dan suami kepada pelakon Abby Abadi, iaitu Norman Hakim.
Pelakon dan model berusia 20 tahun itu yang enggan memberikan sebarang komen semalam, bagaimanapun hari ini menjelaskan perkara sebenar yang terjadi setelah dia dan Norman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi semalam.
Pasangan itu dijangka dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Januari depan.
Dalam nada sugul, Memey menceritakan insiden itu sama sekali tidak disangka akan terjadi kepada dirinya yang ketika ini baru saja merangkak untuk mengukir nama di dalam bidang lakonan.
"Setelah mesyuarat selesai kira-kira jam 12 malam, Norman keluar dan saya bersama beberapa lagi staf yang lain masih berada di pejabat. Kemudian seorang demi seorang pulang dan akhirnya tinggal saya saja di aras satu pejabat itu kerana saya perlu menyiapkan sedikit lagi urusan lain.
"Sehinggalah saya terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di pintu, tetapi saya tidak berani untuk keluar lihat. Akhirnya saya hubungi abang Norman, Sophee dan lebih kurang setengah jam selepas itu dia sampai di pejabat.
"Barulah saya sedar yang pejabat itu telah diserbu oleh JAIS dan Norman berada di aras dua. Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku dan saya akui, sehingga hari ini saya masih lagi bingung.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen semalam, bukan kerana ingin menyembunyikan diri, tetapi saya perlu ruang untuk menenangkan fikiran.
"Alhamdulillah, setelah mendapat sokongan daripada ibu dan ahli keluarga semua, barusaya rasa saya mampu untuk berdepan dengan pihak media. Malah, ibulah orang pertama yang saya hubungi sebaik ditahan JAIS," kata gadis yang dibesarkan di sebuah felda di Kota Tinggi, Johor ini.
Jelas pelakon yang popular menerusi beberapa buah drama seperti Graduan, Farah Syakirah dan Mahsuri ini, dia menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran buatdirinya.
Namun, Memey tidak nafikan perasaan gusar sentiasa menyelubunginya apatah lagi bila memikirkan perasaan isteri Norman, Abby, yang pastinya terguris ekoran kejadian itu.
Lebih memburukkan keadaan, Memey juga sebelum ini dicop menjadi 'orang ketiga' di dalam rumahtangga pasangan itu yang kini dikatakan sedang bergolak, malah sebelum berlakunya insiden itu lagi.
Gosip tentang hubungannya dengan aktor drama Gerak Khas itu mula bertiup awal tahun ini apabila mereka dikatakan mula rapat setelah membintangi drama bersiri Pasrah.
Sehinggalah baru-baru ini apabila khabar angin mengatakan Norman sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand dan wanita itu dikatakan adalah Memey.
Namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut.
"Saya tidak harap orang akan faham masalah saya, tetapi cuba letak diri anda di tempatsaya sekarang, apa yang akan anda buat? Berkali-kali saya menafikan yang saya mempunyai hubungan lebih dari seorang sahabat dengan Norman, tetapi dengan apa yang baru terjadi ini, saya tahu orang akan cakap macam-macam pada saya.
"Saya tidak mampu buat apa-apa. Saya sedar, orang akan salahkan saya sebagai perampas mahupun punca pergolakan rumahtangga mereka. Saya hanya berharap saya mampu lakukan yang terbaik untuk membersihkan nama saya.
"Sejak semalam, saya asyik memikirkan bagaimana penerimaan ramai terhadap diri saya selepas ini. Saya amat takut jika kes ini akan turut menjejaskan karier saya.
"Tetapi setakat ini saya bersyukur, stesen televisyen dan pihak produksi drama yang saya terlibat tidak berhasrat untuk 'gam' saya atau sebagainya setelah saya hubungi mereka semalam," kata anak saudara kepada pelakon dan penerbit drama, Darling Ngasri ini.
Ditanya sama ada dia akan berdepan sendiri dengan Abby untuk menjelaskan hal yang sebenar, Memey berkata:
"Saya tiada masalah untuk bersemuka dengannya. Kalau inilah satu-satunya cara boleh jernihkan semula keadaan, saya akan buat. Saya faham buat masa ini, emosi Abby pasti tidak menentu. Masalah sebelum ini pun belum selesai, ditambah pula dengan kes baru.
"Seboleh mungkin, saya akan cuba selesaikan masalah ini. Norman ada juga menghubungi saya semalam dan kami berbincang bagaimana untuk membersihkan nama masing-masing.
"Saya tidak marah jika Abby rasa terguris dengan saya kerana saya faham perasaan yang sedang dia alami," kata Memey.
Menurut Memey, sewaktu gosip hubungannya bersama Norman bertiup kencang sekitar awal tahun ini, dia sendiri pernah menghubungi Abby dan menjelaskan khabar angin tersebut tidak benar.
"Ketika itu, Abby menerima penjelasan saya. Tetapi, sekarang ini, saya tidak tahu macam mana," tutur Memey yang ketika ini sedang sibuk di penggambaran drama Bara Ku Genggam untuk siaran RTM.
Thursday, October 30, 2008
Bila Fauziah Ahmad Daud (Ogy) Berbaju Jarang
Kredit: Gambar Ogy Ahmad Daud di Anugerah Skrin (Budiey.com)
Memey Suhaiza
Pelakon baru yang pernah di’gosipkan dengan Norman Hakim ini tampak ayu berbaju putih ketika bergambar untuk Murai.com.my. Adakah Memey Suhaiza ada kaitan dengan tangkapan khalwat ‘pelakon Gerak Khas yang baru menimang cahayamata’ awal pagi tadi?
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi
TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988
TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PROFESION: Model, pengacara, pelakon
STATUS: Bujang
DRAMA TV: Antaranya - Rahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada, Jaringan, Karipap Istimewa, Pontianak Air Jernih.
PENGACARAAN: Diari Anak Seni Musim 4 & 5
Wednesday, October 29, 2008
Filem Kelip-Kelip tercipta untuk Siti
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
BARU-BARU ini, penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza menyatakan persetujuannya untuk melakonkan watak Siti di dalam filem animasi Kelip-Kelip arahan Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohd Khalid.
Bagaimanapun, kata pengarahnya yang pernah mengungguli anugerah Pengarah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang ini, filem tersebut masih di peringkat pra-produksi dan dijangka siap sebelum Disember tahun depan.
"Kami telah mendapatkan beberapa grafik artis daripada Jakarta, Indonesia untuk membantu proses melukis karektor yang diinginkan. Kami juga menggunakan grafik artis tempatan.
"Disebabkan kita kekurangan grafik artis dari sini, jadi sebab itu kami terpaksa mencari tenaga kerja dari sana. Mereka ditugaskan untuk melukis karektor yang comel. Namun, secara anatominya tidak cute, tidak juga menakutkan. Saya cuba jadikan karektor kelip-kelip itu mempunyai dua tangan dan dua kaki.
"Walaupun tidak terlalu mengikut sifat kelip-kelip itu, kita pentingkan apa yang nak dipaparkan. Kita ambil contoh seperti filem animasi A Bug's Life," cerita Mamat ketika ditemubual di pejabatnya, Naga VXS Sdn. Bhd, Petaling Jaya.
Mengenai para pelakonnya, selain Siti, antara pelakon lain yang turut menyumbangkan suara mereka adalah Rosyam Nor, Saiful Apek, Nabil Raja Lawak, AC Mizal, Khir Rahman dan Sofi Jikan.
"Terdapat tujuh watak utama kelip-kelip dalam filem ini. Setiap watak tersebut mempunyai nama masing-masing dan mengikut karektor dan keperibadian yang ada dalam diri setiap pelakon.
Tuesday, September 9, 2008
Rumah tangga Norman, Abby kembali bergolak
Pun begitu, pasangan berkenaan pernah bercerai pada 5 Mei 2006 selepas tiga tahun berkahwin, namun mereka kembali rujuk pada 12 Mei 2006 sekali gus menjadikan ia tempoh perceraian artis paling singkat. Ternyata jodoh mereka masih berkekalan hingga hari ini. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania Hakim. Abby pula sedang menanti kelahiran anak ketiga.
Disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya gerimis di tengah hari. Dua minggu lalu, Zubir mendapat kiriman SMS daripada seorang sumber yang rapat dengan pasangan itu memberitahu, Norman sudah lama tidak pulang ke rumahnya di Ukay Perdana itu! Norman juga khabarnya tidak risau keadaan isterinya yang sedang sarat mengandung.
“Saya sering makan di sebuah restoran berdekatan pejabat Norman, saya lihat kereta Norman siang, malam kat pejabat saja, dia tak balik rumahkah menjenguk isterinya yang sedang sarat menunggu hari itu! Khabarnya sudah beberapa minggu Norman tak pulang rumah, entah kenapa, hanya mereka suami, isteri saja yang tahu.
“Tapi, saya kasihankan Abby, dalam keadaannya sekarang, dia pastinya memerlukan suami di sisi. Saya harap, Norman pulanglah ke rumah menjenguk isteri dan dua anaknya yang masih kecil itu,” kata seorang sumber lain yang menghubungi Zubir, baru-baru ini.
Abby walaupun sedang sarat, dia masih berlakon drama bersiri 13 episod, Apa Itu Cinta siaran Astro Prima. Abby yang baru saja dilantik sebagai Mama Selebriti Ribena dijadual melahirkan anak ketiganya pada 21 September ini, namun dua sejarah kelahiran sebelum ini, semuanya awal dua minggu.
Zubir pula tak pasti sama ada Norman sudah pulang ke rumahnya sempena Ramadan ini kerana sejak Isnin lalu, semua SMS yang Zubir kirimkan kepada Abby tidak mendapat balasan. Bagaimanapun, Zubir harap Norman sudah pulang ke rumahnya. Jika ada sebarang masalah, berbincanglah kerana segala masalah, ada jalan penyelesaiannya. Zubir sentiasa berdoa, agar kebahagiaan rumah tangga Norman-Abby terus berkekalan.
ZUBIR: Tergelak mendengar cerita penerbit filem hampir menopaus bercinta dengan seorang pemuda.
Friday, September 5, 2008
Chunk cabar Tony, Melissa
hiburan@kosmo.com.my
Perkara ini turut dihadapi dua pelakon berwajah kacukan, Melissa Maureen dan Tony Eusoff yang biasa dilihat melakonkan watak-watak yang selesa dengan pembawaan diri mereka.
Melissa yang mencipta nama menerusi siri TV, Gol dan Gincu biasa dilihat melakonkan watak-watak gadis yang lemah lembut, sementara Tony pula banyak melakonkan watak-watak serius. - Selanjutnya -
Saturday, August 30, 2008
Diana Danieele akui bergambar dengan pakaian mandi
Pun begitu, Zubir sendiri belum berpeluang melihat gambar Diana yang didakwa hanya berbikini itu. Selepas dikirimkan SMS kepadanya, beberapa jam selepas itu, Zubir terus menerima panggilan telefon daripada Diana.
"Benar Abang Zubir, Diana mengaku, gambar berbikini yang tersebar di Internet itu adalah diri Diana sendiri. Ketika itu usia Diana baru 13 tahun. Masa tu Diana menghadiri majlis sambutan hari jadi seorang teman baik. Majlis itu pula diadakan di tepi kolam renang rumah kawan Diana. Selesai barbeku, Diana dan kawan-kawan mandi di kolam renang itu.
"Dah namanya pun kolam renang, mestilah pakai pakaian mandi. Diana mengaku, Diana hanya mengena bikini, namun dipakai bersama pario yang diikat di pinggang. Kami pun bergambar beramai-ramai. Tapi, Diana tak sangka, gambar lama itu kini tersebar di Internet. Gambar itu pula dirakam untuk kegunaan peribadi, tak tahu pula macam mana ia boleh tersebar di Internet.
"Tapi, perkara sudah berlaku. Diana minta maaf kepada mereka yang tersinggung, maklumlah ketika itu umur Diana muda benar, tak tahu apa-apa, suka-suka saja. Sekarang ni apabila orang dah mula kenal Diana, baru Diana rasa kesan negatifnya. Diana harap, mereka di luar sana memaafkan Diana. Diana berjanji, perkara seumpama itu tidak akan berlaku lagi," kata Diana berterus-terang. - Seterusnya -
Sarah akui berpeluk dan bercium...
People make mistakes (menangis). Memang bodoh sangat Sarah buat macam tu! Sarah tahu Sarah salah, ini kebodohan diri sendiri. Sarah minta maaf. Tapi, Sarah tak sangka boleh jadi macam ni, jadi isu besar.
Sarah akui, pemuda dalam gambar berkenaan, memang teman lelaki Sarah, kami intim kira-kira tiga bulan lalu. Dia seorang model dan pernah menyertai pertandingan bakat baru anjuran sebuah majalah pada 2007. Namanya, Ammar Alfian Aziz.
Kami sama-sama remaja, darah muda. Kami saling menyayangi satu sama lain. Apa yang kami lakukan seperti dipaparkan pada gambar itu, memang tak patut didedahkan kepada umum, ia terlalu peribadi. Tapi, benda dah jadi, Sarah minta maaf. Sepatutnya Sarah dan Ammar memang tak boleh berpeluk dan bercium , tapi... - Seterusnya -
Tolak gelaran artis simbol seks
TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba telinga penulis 'dihujani' dengan maklumat terbaru, khabarnya pelakon seksi, Jue Aziz bermain cinta dengan Hans Isaac yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Pengarah Harapan dan Lakon Layar Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21), sekali gus menenggelamkan gosipnya bersama bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Mohd Shawal Ruslan.
Sebelum ini desas-desus mengatakan dia dengan Shawal adalah pasangan bercinta kerana mereka pernah dilihat kerap keluar makan bersama.
Agak mengejutkan apabila menerima gosip mengatakan kira-kira dua minggu lalu, Hans ke set penggambaran drama terbaru lakonan Jue, Orang Minyak Naik Minyak di sekitar Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sama ada Hans sekadar bergurau atau tanpa berselindung, dia khabarnya turut memberitahu krew yang berada di situ, Jue adalah kekasihnya! Jue dan Hans juga dikatakan kelihatan mesra sebagai pasangan kekasih.
Bagi merungkai persoalan ini, kesempatan bertemu Jue pada satu majlis makan malam baru-baru ini digunakan dengan sebaiknya apabila dia berjaya 'diterjah' dengan gosip terbaru ini. Apakah benar Jue kini bertakhta di hati Hans?
“Memang Hans ada bertemu saya di set penggambaran, baru-baru ini. Saya akui, berkawan rapat dengan Hans selepas putus cinta dengan Jehan (Miskin). Saya selesa berkawan dengan Hans kerana dia seorang yang caring. Namun, perhubungan kami tidak lebih daripada seorang teman baik. Terus terang saya katakan, saya belum bersedia dengan cinta, berilah saya ruang waktu lagi sebelum bertemu cinta baru. - Seterusnya -
Raja Farah dan isu 'love bite'
Minggu ini Zubir nak teropong kisah aktres remaja yang semakin meniti popularitinya - Raja Farah Raja Aziz, 20, yang baru saja muncul di pawagam menerusi Apa Kata Hati? Dia juga baru selesai membintangi drama bersiri 26 episod, Intan Asmara apabila episod terakhirnya baru saja menemui penonton di TV3, Rabu lalu (25 Jun).
Pun begitu, sejak Intan Asmara ke udara, Zubir difahamkan bukan kehebatan cerita berkenaan banyak diperkatakan, namun kesan 'love bite' atau gigitan cinta yang jelas tertera di leher Raja Farah menjadi bualan ramai penonton dan tulisan rakan wartawan.- Seterusnya -
Rita Rudaini disaman RM85,000
Apa yang Zubir nak teropong minggu ini berkaitan kes saman membabitkan artis juga. Zubir difahamkan, artis cun melecun, Rita Rudaini Mokhtar, baru-baru ini, terima surat saman! Bukan saman ekor atau saman tak bayar duit parking kereta, tapi surat saman dari production house.
Zubir dimaklumkan, Rita terima surat saman bertarikh 20 Jun 2008 ketika dia nak keluar rumah pergi shooting. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur meminta Rita hadir di hadapan hakim pada 29 Ogos ini, jam 2 petang untuk menjawab satu tuntutan daripada Orbit Mediasari Sdn Bhd yang dianggarkan sebanyak RM85,000!
Zubir difahamkan, Orbit Mediasari ialah syarikat penerbitan yang menghasilkan filem Kantoi, arahan Mat London. Pergeseran bermula apabila syarikat itu mendakwa Rita tidak hadir ke lokasi penggambaran apabila diminta dan tempatnya terpaksa diganti seorang lagi aktres cantik, Rozita Che Wan.
Menerusi ruangan ini, ketika itu Zubir Intip bertarikh 2 Mac 2008, berikut adalah sebahagian komen Rita berhubung pergeserannya dengan produksi berkenaan. - Seterusnya -
Selebriti 'steamboat' mabuk menari dalam tandas!
MERDEKA! Merdeka! Merdeka! Hari ini genaplah 51 tahun negara kita mencapai usia kemerdekaan, bebas daripada segala bentuk penjajahan. Namun, segelintir anak seni yang megah menggelarkan diri sebagai selebriti popular, masih belum merdeka, lebih tepat lagi pemikiran mereka terus dijajah kebodohan tahap dewa! Selebriti popular seperti ini bolehlah diklasifikasikan sebagai 'B' iaitu bangang!
Ketika Zubir memperoleh cerita perihal selebriti popular mabuk di kelab eksklusif sekitar Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur ini, sumber yang mencanang kisah ini bukan saja mengklasifikasikan selebriti berkenaan sebagai ‘B’, sebaliknya mereka turut menggelarkan dirinya sebagai selebriti ‘steamboat’! Setahu Zubir, steamboat ialah sejenis makanan seperti bebola ikan atau sotong, sebelum dimakan hendaklah dicelup dulu.
Teropong Zubir yang dipasang di kelab berkenaan berjaya merakamkan aktiviti sosial selebriti ‘steamboat’ itu bersama rakan-rakannya. Sekadar menari dan meneguk minuman keras berjenama terkenal, alat penggera tidak berbunyi, tapi kalau sudah mabuk tahap dewa sehingga hilang kawalan diri, perasaan malu tiada harga lagi, ‘menjerit-jerit’ penggera itu memberitahu orang sekeliling perangai tak senonoh selebriti ‘steamboat’! - Seterusnya -
Maya Sekadar Mahu 2 Anak Sahaja
BAHAGIA tidak pernah surut daripada wajah pengantin baru Maya Karin, 29, dan suaminya Steven David Shorthose, 38, atau nama Islamnya, Muhammad Ali.
Selepas selamat diijabkabulkan di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali pada 14 Ogos lalu pasangan ini merai cinta mereka dengan resepsi yang diadakan di padang bola sepak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) tanggal 29 Ogos lalu.
Melayan lebih 800 tetamu, media yang pertama kali menemu bual Steven bercakap tentang cintanya kepada pelakon jelita yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 menerusi karakternya dalam filem Anak Halal. - (Seterusnya)
Friday, August 29, 2008
Erra hamil tiga bulan
Erra yang mula popular menerusi filem Sembilu mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 33, pada Oktober lalu.
Engku Emran ketika dihubungi mengesahkan berita itu sambil mengharapkan agar peminat dapat mendoakan kesihatan dan keselamatan isterinya.
“Erra disahkan mengandung bulan lalu dan kini kandungannya sudah pun berusia tiga bulan. Kami sangat gembira dengan berita ini dan berharap supaya peminat dapat mendoakan kesihatan isteri saya,” katanya yang tidak kisah mengenai jantina anak. - (Selanjutnya)
Liena Hangat kahwin lagi
MESKIPUN mahligai perkahwinan yang dibina dengan lelaki bernama Muhammad Jamal Deluloy Abdullah pada 21 Ogos 2002 menemui kehancuran, penyanyi sensasi, Liena Hangat tidak mudah mengalah.
Enggan menoleh belakang apatah lagi menyesali takdir yang tertulis oleh-Nya, pemilik nama Norazlina Abd. Rahman kini menemui cinta baru setelah mahligainya sebelum ini dipersiakan.
Barangkali ada sesetengah pihak beranggapan Liena ibarat perempuan tidak tahu menjaga kehormatan diri sedangkan kisah perceraiannya masih membasahi fikiran serta khalayak.
Tebarlah apa jua umpatan atau nista kepada Liena, sebaliknya anak kelahiran Johor Darul Takzim ini tidak mengambil endah dengan kata-kata nakal itu.
Baginya, dia sentiasa mengamalkan atitud positif dan berterus-terang tanpa mahu menyembunyikan perkara baik.
Liena sebelum ini penat dengan pertanyaan umum tentang perihal suami sehingga sampai satu saat dia seolah-olah malu untuk keluar berjumpa teman-teman dan pihak media.
Lagipun sudah menjadi resam artis untuk berkongsi cerita terbaru bersama peminat yang selama ini tidak henti-henti menyokong karier seninya. - (Selanjutnya)
Harga yang perlu dibayar
Justeru itu, jangan diperlekeh usaha dan bakat yang ada dalam diri si manis berusia 25 tahun pemilik nama penuh Nor Fauziah Mohd Ghous.
Biarpun kehadirannya disambut dengan gosip yang kurang enak, kononnya bercinta dengan si anu dan si anu, namun sebagai penyambung riwayat anak seni, Fouziah sanggup merentasi apa jua ujian yang hadir kepadanya.
Berkat kesabaran yang tinggi, kini nama Fouziah semakin disenangi. Tawaran lakonan yang datang juga mencurah-curah sehingga kadang-kala terpaksa ditolak. Barangkali tak terlayan dek kekuatan yang empunya badan.
"Sekarang ini saya memang sibuk. Siang malam kerja sahaja, pada saya usia muda ini harus digunakan sebaik mungkin untuk kesenangan masa hadapan.
"Penat memang penat, tetapi saya terpaksa demi minat dan rezeki. Inilah harga yang perlu saya bayar. Kalau tidak saya juga yang susah bila tiba hujung bulan," terangnya sambil ketawa manja.
Ramai yang melihat lonjakan namanya meningkat terlalu cepat dan mudah. Lihat saja drama yang menggunakan khidmatnya, tidak terhitung dengan jari. - (Selanjutnya)
Pembakar semangat Aznil
shazryn.faizal@utusan.com.my
|
|
PENGACARA nombor satu negara, Aznil Nawawi sudah pasti mampu tersenyum puas dengan segala kejayaan yang dimilikinya setelah mengharungi onak dan duri dalam meniti hidup sebagai seorang anak seni.
Sudah pasti segala-galanya memberikan seribu kemanisan buat pengacara kesayangan ramai ini dan tiada apa yang lebih indah apabila dia kini berjaya membuka satu lagi lembaran baru dalam karier seninya.
Buat pertama kalinya, Aznil diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Anugerah Galakan Keterampilan Berbahasa Televisyen 2007 menerusi rancangan kendaliannya, Macam-Macam Aznil (MMA).
Anugerah itu bakal diberikan kepada Aznil kerana berjaya memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di dalam rancangan MMA pada majlis anugerah Citrawangsa 2007 yang akan diadakan pada Oktober depan.
Saat ditemui pada majlis pelancaran album mininya yang berjudul Aznil, baru-baru ini, pengacara tersohor ini tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan gembira dan terkejutnya saat dikhabarkan tentang berita baru itu. - (Selanjutnya)
Dua drama merdeka di RTM
liza.zakaria@utusan.com.my
|
|
BAHANG kemerdekaan negara yang ke-51 tahun kini semakin dirasai. Bakal disambut pada hujung minggu ini, tanggal 31 Ogos sememangnya membawa maksud patriotik yang bukan sedikit di kalangan rakyat negara ini.
Jika masyarakat umum bersedia menyambut ketibaan tarikh keramat itu dengan mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan, kediaman dan premis-premis perniagaan, gergasi penyiaran negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM), juga tidak ketinggalan menyediakan drama-drama khas untuk ditayangkan pada hari tersebut.
Dua drama yang disediakan ialah drama yang berlatarkan zaman pemerintahan Jepun di era 40-an hingga kini iaitu Namaku Bukan Setsuko.
Sebuah lagi ialah drama yang memaparkan konflik kekeluargaan serta hubungan akrab dua sahabat yang berketurunan Melayu dan India, Sughanthiram.- (Selanjutnya)