~Tu Dia Macam2 Ada.. Nie semua SPONSER besar Pak Cik nie~

Sunday, June 20, 2010

Aizat Dengan Liyana Jasmay.. apa cerita nie..??


Eishhh bebudak dua orang nie kalau nak bercinta tu bercinta je lahhh jgn dok nafi sana sini nanti kantoi baru ada akai....

Aizat Tetap Tidak Mengaku Berkasih Dengan Liyana Jasmay

Aizat & The Band semasa Muzik Muzik 25. - Foto THE STAR Oleh KAMARUL ARIFFIN

PENYANYI Aizat menyifatkan segala gosip yang mengatakan dia berpisah dengan aktres remaja, Liyana Jasmay sejak kebelakangan ini sebagai salah faham semata-mata.

Aizat juga menafikan mereka pernah bercinta dan menolak kononnya hubungan mereka sudah putus disebabkan Liyana mempunyai kekasih lain.

"Kami tidak pernah bersama, saya rasa orang salah anggap yang kami bercinta. Ia adalah gosip yang tak benar sebaliknya kami masih berhubung sehingga hari ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Konsert Inspirasi Muzik-Muzik TV3, Sabtu lalu.

Aizat menegaskan, dia dan Liyana adalah kawan baik sejak dahulu sewaktu Liyana menghasilkan album pertamanya.

Liyana Jasmay ketika menghadiri Majlis Pradengar Pilihan Terbaik Vol 10 Alibi Music. - Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG

"Kawan dia adalah kawan saya juga. Kita pun duduk dekat. Dari situ terpupuklah persahabatan yang rapat," katanya.

Mengulas mengenai insiden dia menolak tawaran sesi fotografi bersama Liyana sebanyak dua kali, Aizat berkata, tidak wujud apa-apa masalah pun antara mereka berdua pada masa itu.

"Saya sibuk pada hari tersebut. Hakikatnya saya tidak ada masalah dengannya. Kalau buat fotografi dengan dia dan saya pula ada kelapangan, kenapa tidak?"

Sejujurnya Aizat rasa selesa tentang perhubungannya dengan Aktres Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2009 dan Festival Filem Malaysia ke-22 Itu.

Sementara itu, Aizat bakal melancarkan album barunya, 'Urusan Aizat' di Wisma Bentley, Damansara Utama pada 7 Julai ini.

Ia mempunyai tujuh buah lagu dan antara lagunya termasuk Mana Oh Mana, Years From Now, dan Sungai Lui.

 

Tuesday, June 15, 2010

ADIRA dan SHAHIR ada apa-apa kee..????






eishhh anak dara siapa laa tak tau...
awat comey jaa pakcik tengok budak nie..
nak kata berkenan satgie si SHAHIR marah la plak...
he he he SHAHIR nie makwe ko kee...???