Maya Karin Tetap Berahsia Tentang ‘Nona’
SEMASA majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ baru-baru ini, nama pelakon jelita yang pernah menjulang anugerah pelakon wanita terbaik Malaysia, Maya Karin disebut-sebut akan mengacarakan program majalah dokumentari, ‘Nona’ untuk tahun 2010.
Maya bakal menggantikan pengacara Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan atau Fizza mulai tahun depan.
Walaupun namanya sudah dicanang akan menyertai program berkaitan isu wanita itu, Maya masih mengunci mulut saat meminta komen daripadanya.
“Saya tidak akan komen apa-apa lagi kerana setakat ini saya belum tandatangan apa-apa perjanjian lagi.
“Tengoklah dulu..ia masih di peringkat awal..,” jawab Maya ringkas. [lagi]