Saje Je Nak layan gambaq Diana Danielle
~Tu Dia Macam2 Ada.. Nie semua SPONSER besar Pak Cik nie~
Thursday, October 22, 2009
Monday, October 19, 2009
Wednesday, October 14, 2009
Lakonan Manohara dalam sinetron dikritik
Berita dari seberang juga ada melaporkan yang drama 'Manohara' turun rating kerana lakonan pendukung utamanya, Manohara yang tidak bagus.
Tetapi pihak produser sinetron tersebut memberi alasan utama sinetron tersebut dihentikan adalah kerana jalan cerita yang sudah habis dan tidak lagi boleh dipanjangkan.
Dalam sinetron tersebut, isteri Tengku Fakhry itu digandingkan dengan Dude Herlino. Ramai peminat dan surat pembaca membuat penilaian yang Dude lebih sesuai jika disandingkan dengan Naysilla Mirdad.
"Banyak yang meminta Dude dipadankan kembali dengan Nay (Naysilla Mirdad)," kata satu sumber.
Namun menurut Dini, digantinya sinetron 'Manohara' bukan karena penonton tak lagi tertarik dengan sinetron tersebut. Namun memang alur ceritanya sudah habis dan tak lagi bisa diperpanjang.
Lakonan Manohara di sinetron itu juga turut mengundang kritik dari masyarakat. Rakan Manohara, VJ Marissa, mengakui Mano harus terus mengasah kemampuan lakonannya.
"Manohara sudah ada bakatnya, tapi dia cuma perlu mengasahnya," ujar bintang 'The Police' itu.
Begitupun, Manohara dilaporkan sering datang terlambat ke lokasi. Manun ketika ditanya, pihak produksi berkata ianya menjadi kebiasaan beberapa artis sinetron.
Difahamkan, sinetron 'Manohara' telah dihentikan siarannya pada 30 September lalu.
Alahai Ida.. takan semuanya dah bau busuk dah kot..sampai cerai berai nie...
Suami Ida Nerina lafaz cerai di Hari Raya kedua
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
PETALING JAYA: Shahrin Razali, bekas pemain drum kumpulan Black Rose, yang juga suami kepada aktres terkenal Ida Nerina didakwa telah melafazkan cerai terhadap aktres itu pada Hari Raya kedua baru-baru ini.
Ida Nerina Hussein, 45, kini sedang dirawat di PPUM, setelah cedera teruk di tulang belakang akibat terjatuh pada 21 Jun lalu di dalam rumahnya.
Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya.
Menurut sumber yang boleh dipercayai itu lagi, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah pelakon filem ‘Susuk’ itu.
"Pada Jumaat lepas, suami Ida telah datang ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mengisi borang pengesahan lafaz cerai.
"Namun begitu, dia belum memfailkan kes cerai itu lagi," kata sumber itu.
Dalam pada itu, Shahrin atau nama sebenarnya Sha'arin Mohammed Razali ketika diminta mengesahkan hal cerai itu bagaimanapun enggan ditemubual dengan memberikan alasan sedang sibuk.
"Saya tengah sibuklah..," jawab abang kepada bekas pemain drum kumpulan OAG dan pelakon Qushairi atau Qi ini ringkas ketika dihubungi dan terus memutuskan talian. [LAGI]