Pun begitu, pasangan berkenaan pernah bercerai pada 5 Mei 2006 selepas tiga tahun berkahwin, namun mereka kembali rujuk pada 12 Mei 2006 sekali gus menjadikan ia tempoh perceraian artis paling singkat. Ternyata jodoh mereka masih berkekalan hingga hari ini. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania Hakim. Abby pula sedang menanti kelahiran anak ketiga.
Disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya gerimis di tengah hari. Dua minggu lalu, Zubir mendapat kiriman SMS daripada seorang sumber yang rapat dengan pasangan itu memberitahu, Norman sudah lama tidak pulang ke rumahnya di Ukay Perdana itu! Norman juga khabarnya tidak risau keadaan isterinya yang sedang sarat mengandung.
“Saya sering makan di sebuah restoran berdekatan pejabat Norman, saya lihat kereta Norman siang, malam kat pejabat saja, dia tak balik rumahkah menjenguk isterinya yang sedang sarat menunggu hari itu! Khabarnya sudah beberapa minggu Norman tak pulang rumah, entah kenapa, hanya mereka suami, isteri saja yang tahu.
“Tapi, saya kasihankan Abby, dalam keadaannya sekarang, dia pastinya memerlukan suami di sisi. Saya harap, Norman pulanglah ke rumah menjenguk isteri dan dua anaknya yang masih kecil itu,” kata seorang sumber lain yang menghubungi Zubir, baru-baru ini.
Abby walaupun sedang sarat, dia masih berlakon drama bersiri 13 episod, Apa Itu Cinta siaran Astro Prima. Abby yang baru saja dilantik sebagai Mama Selebriti Ribena dijadual melahirkan anak ketiganya pada 21 September ini, namun dua sejarah kelahiran sebelum ini, semuanya awal dua minggu.
Zubir pula tak pasti sama ada Norman sudah pulang ke rumahnya sempena Ramadan ini kerana sejak Isnin lalu, semua SMS yang Zubir kirimkan kepada Abby tidak mendapat balasan. Bagaimanapun, Zubir harap Norman sudah pulang ke rumahnya. Jika ada sebarang masalah, berbincanglah kerana segala masalah, ada jalan penyelesaiannya. Zubir sentiasa berdoa, agar kebahagiaan rumah tangga Norman-Abby terus berkekalan.
ZUBIR: Tergelak mendengar cerita penerbit filem hampir menopaus bercinta dengan seorang pemuda.